08 March 2019

TAK TERTEKAN SOAL KAHWIN - UQASHA MAHU LELAKI KUAT PEGANGAN AGAMA


"Sebabnya saya kakak, Nelydia adik tetapi dia yang mahu kahwin terlebih dahulu. Jadi, itu satu perkara normal kalau orang bertanya. Biarpun melangkah bendul tetapi saya okey sahaja. Saya tidak tertekan apabila ada yang bertanya bila pula giliran saya (untuk berkahwin).





"Lagipun saya tidak kisah kalau Nelydia kahwin dulu sebab jodoh dia sudah sampai dan saya gembira untuk dia. Tidak timbul perasaan tertekan sebab saya percaya jodoh itu ada, mungkin lambat sahaja. Kalau kahwin cepat tetapi akhirnya orang itu bukanlah jodoh yang betul pun, untuk apa. Kenapa perlu memperjudikan masa depan dan hidup untuk orang yang salah.

"Pendirian saya mudah, biar lambat asal selamat. Saya gembira dengan apa yang saya ada sekarang," demikian kata pelakon Uqasha Senrose memberitahu dia tidak berasa tertekan apabila ramai yang tertanyakan bila pula gilirannya untuk mendirikan rumah tangga, selepas adiknya yang juga seorang pelakon, Nelydia Senrose terlebih dahulu bakal menamatkan zaman bujang.

Pelakon drama bersiri 'Rahsia Hati Perempuan' itu berkata, dia tidak mahu terburu-buru mencari pasangan sehingga tersalah pilih hanya kerana mahu cepat kahwin.

Klik untuk gambar besar


Dalam pada itu, berbicara tentang lelaki idamannya, Uqasha tidak kisah mengenai soal status atau pangkat bakal suaminya asalkan lelaki itu berusaha dalam kehidupan untuk memberikan yang terbaik. Pada masa sama, Uqasha memberitahu kalau boleh dia mahukan seorang lelaki yang kuat pegangan agama dan boleh membimbing dirinya ke jalan yang baik.

"Sekarang saya dalam misi mencari calon yang sesuai, namun enggan terburu-buru sebab tidak mahu tersalah pilih. Saya juga tidak kisah mengenai status atau pangkat bakal suami asalkan dia sentiasa berusaha dalam kehidupan untuk memberikan yang terbaik.

"Saya tidak pandang soal itu sangat, asalkan ada perasaan melekat di dalam hati, orangnya baik dan boleh terima keburukan terutama kisah silam saya, itu sudah memadai. Saya juga kalau boleh nak lelaki yang kuat pegangan agama sebab saya percaya seseorang lelaki itu tugasnya adalah untuk membimbing isteri mereka ke jalan yang baik.



"Tak boleh juga kalau wanita sahaja yang ada pegangan agama, lelaki pun kena sama sebab dia yang akan mengemudi sesebuah keluarga. Perkara paling penting juga, saya mahu kami sama-sama percaya diri boleh berubah ke arah lebih baik. Seteruk mana pun kisah hidup seseorang perempuan, lelaki tersebut mestilah boleh membimbingnya dan ada pegangan agama yang kuat.

"Sejujurnya, saya takut kalau berbicara soal hidup berumah tangga sebab pengalaman rakan-rakan dan diri sendiri dengan kisah cinta lama membuatkan saya berjaga-jaga. Saya tidaklah kata mahu seorang jodoh dalam kalangan yang berpangkat atau berkedudukan. Selagi dia mampu memberi nafkah zahir yang cukup kepada saya dan bakal anak-anak, rasanya tiada masalah," tuturnya.

Semoga satu hari nanti Uqasha akan bertemu jodoh dengan seorang lelaki yang baik. Betul kata beliau, dalam soal perkahwinan dan memilih pasangan hidup, kita tidak harus terburu-buru. Biarlah ambil masa sedikit asalkan nanti berkekalan.




www.myartis.com / Sumber & foto: MHETV, Kosmo & Instagram Uqasha Senrose


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: