08 March 2019

KESIHATAN SEMAKIN PULIH - AWIE AKUI MASIH JALANI RAWATAN SUSULAN


Bersyukur apabila tahap keadaan kesihatannya semakin pulih selepas dimasukkan ke hospital, penyanyi dan pelakon Datuk Awie memberitahu, dia sudah kembali aktif menyanyi dan berlakon selepas mengambil rehat yang lama sejak hujung tahun lalu.





"Alhamdulillah, keadaan saya sudah okey selepas menerima rawatan tetapi masih perlu menjalani rawatan susulan. Saya juga sudah kembali menjayakan beberapa tawaran lakonan dan nyanyian yang diterima.

"Saya berharap agar orang ramai dapat mendoakan yang terbaik untuk saya dan saya tidak mahu lagi memikirkan mengenai masalah penyakit yang dialami. Biarlah saya banyak bercerita tentang kerjaya dalam nyanyian dan lakonan," katanya.

Pada hujung Disember tahun lalu, Awie dimasukkan ke hospital selama seminggu selepas mengadu sesak nafas.


www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: