14 April 2019

6 FOTO - SHAKILLA KHORIRI & FIZI ALI DEDAH NAMA, WAJAH ANAK SULUNG


Setelah 30 hari dilahirkan... akhirnya pelakon Shakilla Khoriri dan suaminya, penyampai radio Fizi Ali telah mendedahkan nama penuh serta wajah cahaya mata sulung mereka buat pertama kali menerusi laman Instagram.





"#💋• Assalamualaikum. Syukur Alhamdulillah. Hari ni @ameenasofia_ cukup 30 hari. 30 hari yang banyak mengajar aku jadi seorang perempuan yang sabar dan kuat.

"Perit, pedih dan segalanya aku telan untuk mengeluarkan Ameena. Rasa macam tak percaya setiap hari dan malam aku sekarang ada budak ni, " tulis Shakilla pada satu entri di Instagramnya.

Kata Shakilla, setiap kali dia merenung mata anaknya, bagaikan ingin menitiskan air mata bila teringat kali pertama Ameena menangis selepas dilahirkan.

Klik untuk gambar besar


"Rasa sebak dada bila hari tu aku dapat gelaran EMAK. Baru aku tahu kenapa Allah kata syurga anak2 ditelapak kaki Ibu. Betul lah 🙂.

"Membesarlah dengan baik Ameena. Saya tahu awak ahli baru dalam hidup saya dengan Fizi yang akan buat hidup kitaorang lebih hebat dan Best 😘," tulis Shakilla lagi.

Pada masa yang sama, Shakilla turut berterima kasih kepada semua yang mendoakan dan memberi ucap selamat sejak mengetahui dia mengandung, sehinggalah dia selamat melahirkan Ameena.



"Tak terbalas rasanya doa-doa korang semua. Semoga kita jadi seseorang yang baik buat seseorang yang kita sayang, Insyallah Guys, my daughter, NURUL AMEENA SOFIA. ❤️," ucap Shakilla.

Manakala Fizi pula menulis: "Dua kesayangan saya... satu kuat bebel satu kuat nangis 😂😂😂 @shakillakhoriri @ameenasofia_".

Untuk makluman, seperti selebriti lain, pasangan ini juga turut membuka akaun Instagram untuk anak mereka. Apapun, setiap orang memilih masa yang sesuai untuk memperkenalkan cahaya mata mereka, terutamanya para selebriti. Ada yang memilih tarikh atas sebab-sebab tertentu.








www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak, Instagram Shakilla Khoriri & Fizi Ali


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: