06 April 2019

BELUM PUNYAI KEKASIH - FATHIA HARAP ADA YANG SUDI TERIMANYA SEADANYA


Mengakui masih belum berjumpa lelaki sesuai dijadikan sebagai pasangan hidup, pelakon Fathia Latiff berkata dia juga ingin berubah dan menjadi lebih baik sebelum bergelar isteri.





"Buat masa sekarang ini, saya masih belum ada pasangan atau kekasih. Bukan tak bersedia tapi mahu jadikan diri yang terbaik dahulu.

"Saya harap semua orang boleh doakan juga untuk saya. Harap-harap ada yang sudi menerima saya seadanya. tapi saya serahkan pada Allah.

Sebelum ini, Fathia pernah menjalinkan hubungan cinta dengan pelakon Aiman Hakim Redza selama dua tahun namun berpisah pada 2015.

Dalam pada itu, pelakon telefilem 'Kipas Belum Mati' ini memberitahu dia kini sudah mula bergiat aktif dalam bidang perniagaan.

Klik untuk gambar besar


Sementara itu, bercakap tentang kerjaya lakonan pula, Fathia mengimpikan untuk berlakon filem sekiranya diberikan peluang.

"Alhamdulillah, buat masa ni saya dah bergiat aktif dalam perniagaan pula. Saya baru sahaja keluarkan produk tudung jenama 'Nona Manis'.

"Bidang lakonan pula masih minat utama saya. Insya-Allah kalau ada rezeki, saya teringin nak berlakon untuk filem pula," ujarnya.

Terdahulu, nama Fathia atau nama penuhnya Nur Fathia Abdul Latiff, 32, sering terpalit dengan kontroversi bermula tahun lalu sehingga awal tahun ini.






www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Fathia Latiff


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: