25 April 2019
BERSALIN JUN DEPAN - IMPIAN KELUARGA ANZALNA NASIR MAHU LELAKI TERCAPAI
"Alhamdulillah saya sangat gembira dan Hanif pun mahukan anak lelaki. Kalau nak ikutkan keluarga sebelah saya pula memang 'kaya' perempuan. Apabila saya dapat tahu bakal dapat bayi lelaki, saya sendiri pun terkejut.
"Impian bapa dan keluarga saya juga tercapai. Sebenarnya, sebelum ini bapa saya tunggu nak ada anak lelaki tak dapat. Selepas itu, tunggu cucu lelaki pun tak dapat juga," kata pelakon Anzalna Nasir yang memberitahu dia dan suaminya, Hanif Zaki bakal menimang anak sulung lelaki.
Impian keluarga Anzalna ingin mempunyai generasi lelaki akhirnya tercapai dengan kelahiran cahaya mata pelakon jelita itu tidak lama lagi.
Anzalna, 31, berakata kehadiran bayi lelaki merupakan kejutan buat dirinya dan sekaligus memenuhi impian bapa serta keluarganya.
Klik untuk gambar besar
Pemilik nama penuh Nur Anzalna Md Nasir itu yang ditemani suaminya ditemui ketika acara 'Baby Gender Reveal' di Hotel Majesti, Kuala Lumpur pada Khamis.
Kandungan Anzalna kini memasuki lapan bulan dan dijangka bakal menyambut kelahiran cahaya mata pertamanya pada awal Syawal iaitu Jun depan.
Dalam pada itu, Anzalna memberitahu dia berharap dapat melahirkan anaknya secara normal namun tidak kisah sekiranya perlu menjalani pembedahan.
Selain itu, kakak kepada pelakon Afifah Nasir itu sudah mempunyai pilihan nama untuk bayinya yang dicadangkan oleh ahli keluarga sendiri.
"Saya dan suami dah ada nama untuk bayi kami yang dipilih oleh keluarga. Saya buat pertandingan siapa bagi nama bayi yang menarik akan dapat hadiah," ujarnya.
Sebelum ini, Anzalna mengumumkan dia hamil empat bulan selepas tiga tahun mendirikan rumah tangga menerusi laman Instagram miliknya pada Januari lalu.
Untuk makluman, pelakon drama bersiri 'Memori Cinta Suraya' itu berkahwin dengan Hanif atau nama penuhnya Mohamad Hanif Mohamad Zaki pada 22 Februari 2016.
www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Anzalna Nasir
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment