02 April 2019

DESAS DESUS 'HAMIL': "DOAKAN YANG BAIK-BAIK" - ELFIRA LOY


Ditanya mengenai desas-desus yang mengaitkan dirinya kini hamil, pelakon Elfira Loy, 25, berkata setiap pasangan yang berkahwin memang mengimpikan untuk memiliki zuriat sendiri.





"Doakan yang baik-baik saja buat saya dan suami. Sebenarnya, sejak di awal perkahwinan lagi, ramai mendoakan yang baik-baik buat saya dan suami. Bagi yang berteki-teki itu, biarlah kerana mereka tetap mendoakan yang baik buat saya," katanya.

Terdahulu, timbul desas-desus dalam kalangan warganet yang mendakwa Elfira kini hamil kerana badannya dikatakan semakin berisi. Menurutnya, apa yang pasti dia kini rancak mengatur semula aktiviti lakonannya dan teruja membintangi siri 'Salam Gang'.

"Saya sangat gembira dapat berlakon dalam siri 'Salam Gang' ini kerana dikelilingi dengan pelakon kanak-kanak. Bekerja dengan kanak-kanak ini, mengingatkan saya pada permulaan karier sebagai pelakon," ujarnya yang bertemu jodoh dengan jejaka pilihannya, Muhammad Faris Khairol Anuar pada 1 Januari lalu.

Klik untuk gambar besar









www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro & Instagram Elfira Loy


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: