04 April 2019
DIHUJANI TAWARAN BERLAKON - ISU BUKA TUDUNG TAK JEJASKAN KARIER EMMA
"Alhamdulillah, kerjaya seni saya setakat ini kekal berjalan dengan baik dan lancar. Apa sahaja kontroversi yang sudah berlaku, itu adalah hal peribadi dan tiada kaitan dengan karier saya sebagai pelakon. Memang sejak kebelakangan ini tawaran lakonan semakin banyak, namun saya hanya fokus satu projek pada satu masa.
"Bagi saya, kualiti lakonan meningkat dan masa saya lebih terurus apabila memilih cara begini," demikian kata pelakon Emma Maembong yang mengakui, tawaran lakonan masih diterima dan kerjaya seninya tidak terjejas walaupun selepas dia mengumumkan untuk tidak lagi mengenakan tudung.
Membuat keputusan untuk menanggalkan tudung beberapa bulan dulu mungkin membuatkan nama Emma dikecam serta dihimpit kontroversi. Keputusan pelakon berusia 27 tahun itu ternyata tidak menjejaskan karier seninya, malah menjadikan dirinya semakin kuat sekembalinya dari Tanah Suci hujung Mac lepas usai menunaikan ibadah umrah.
Klik untuk gambar besar
Baru sahaja selesai menjalani penggambaran sebuah telefilem terbitan TV3, Emma atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail Embong berkata, dia masih bekerja seperti biasa dan tidak mahu membesarkan lagi isu yang dianggap sudah selesai.
Terdahulu, kecoh apabila Emma yang sudah lima tahun berhijab membuat keputusan untuk tidak lagi memakai tudung kerana enggan terus hipokrit dan mengakui imannya belum cukup kuat untuk terus istiqamah menutup aurat.
www.myartis.com / Sumber & foto: Kosmo & Instagram Emma Maembong
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment