04 April 2019

BILA FASHA SANDHA BANGUN TIDUR TERLUPA ADA SUAMI DI SEBELAH


"Memandangkan saya sudah tiga tahun lima bulan jadi ibu tunggal, saya ada momen terlupa ada suami di sebelah semasa bangun tidur. Saya lupa selepas tidur kena gosok baju suami, siapkan sarapan pagi. Apabila ingat balik momen itu saya hanya mampu tergelak sendiri.





"Itu lah kejadian yang buat saya ketawa sampai sekarang, sejujurnya saya seronok dengan kehidupan selepas kahwin sebab ada teman untuk berbincang dan berbual sebelum tidur," kata pelakon Fasha Sandha yang berkongsi kejadian yang disigatkan mencuit hati setelah empat hari bergelar isteri kepada pelakon Aidil Aziz.

Menurut pelakon drama 'Patah Sayap Bertongkat Paruh' itu, tiga tahun terbiasa sebagai ibu tunggal membuatkan dia terlupa dirinya sudah bergelar isteri ketika bangun daripada tidur.

Untuk makluman, Fasha, 35, dan Aidil, 32, selamat bergelar suami-isteri dengan sekali lafaz dalam satu majlis pernikahan yang berlangsung di Masjid Tuanku Syed Putra Jamalullail, Kangar Perlis pada 30 Mac lalu.

Klik untuk gambar besar


Ini merupakan perkahwinan pertama buat Aidil dan yang kedua buat Fasha kerana sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan Jejai pada 27 April 2012 namun mereka bercerai tiga tahun kemudian.

Hasil perkahwinan tersebut, Fasha dan Jejai atau nama sebenarnya Rizal Ashram Ramli dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putra Rayfal, 6, dan Putri Reysha Jemyma, 5 tahun.

Sementara itu, Fasha berkata kedua-dua anaknya semakin selesa bersama Aidil dan mula memanggilnya sebagai ayah.



"Alhamdulillah, Rayfal dah panggil ayah, beritahu sekali saja dan esoknya dia dah panggil ayah... tapi Jemyma lambat sikit, mungkin perempuan lain sikit kut!

"Saya pun mula-mula agak susah nak panggil abang tapi kita cuba slowly sebab sekarang dia dah jadi suami saya. Setelah berbincang apa gelaran saya patut panggil, Aidil beritahu dalam famili dia, isteri kena panggil abang," ujarnya.

Majlis resepsi di belah keluarga pengantin lelaki akan diadakan di kampung halaman Aidil yang terletak di Rembau, Negeri Sembilan pada Sabtu ini.






www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Fasha Sandha


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: