04 April 2019

FAZURA TETAP MAHU PERMOHONAN MAAF - HANS TAMPIL JELASKAN LAGI


"Selaku anak seni yang sudah berkecimpung lebih 10 tahun dalam industri, saya tahu protokol majlis rasmi. Apa yang berlaku sekarang mencalarkan nama baik saya dan suami.





"Selain itu, kiriman mesej dari Hans Isaac memburukkan lagi situasi dan saya memohon agar beliau meminta maaf atas tindakannya," kata aktres Nur Fazura Sharifudin yang tetap dengan pendiriannya.

Fazura mahukan pelakon dan penerbit Datuk Hans Isaac memohon maaf atas dakwaan menghantar kiriman mesej menuduh beliau tidak menghormati artis lain dengan membuat keputusan sendiri 'mengheret' suaminya, Fattah Amin ketika bergandingan bersama sebagai penyampai anugerah di Festival Filem Malaysia ke-30 (FFM30) yang diadakan baru-baru ini.

Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Universal Music Malaysia yang mewakili Fazura dan suaminya, pelakon Fattah Amin, bintang 'Manisnya Cinta di Cappadocia' itu mendakwa pihak Astro perlu menjernihkan keadaan berkenaan kejutan membawa Fattah selaku penyampai bersama bagi Anugerah Khas Juri FFM30.

Klik untuk gambar besar


Dalam pada itu, Ketua Bahagian Kandungan Astro, Namanzee Harris pula enggan memberi sebarang komen berkenaan isu ini memandangkan ia sedang dalam perbincangan bersama pihak Finas.

"Pihak kami sedang berbincang dengan Finas untuk meneliti semula perkara ini, jadi tidak manis untuk mengulas lanjut berkenaan apa yang terjadi," ujarnya.

Terbaru, Hans menerusi akaun Instagramnya sekali lagi menjelaskan beliau hanya bertanya secara baik dengan Fazura kerana keliru sepatutnya penyampai anugerah semuanya terdiri daripada barisan pemenang FFM yang lalu.

Malah, beliau juga tidak pernah membongkarkan mesej perbualan mereka yang disifatkan peribadi itu kepada mana-mana pihak. Menurut Hans, beliau enggan memberikan lagi sebarang komen mengenai isu ini dan harap penjelasannya itu sudah cukup untuk menjernihkan keadaan.



Rata-rata netizen juga berharap agar Hans dan Fazura dapat menyelesaikan kemelut yang berlaku secara baik. Nampaknya gara-gara salah faham yang berlaku, hubungan baik antara Hans dan Fazura yang terjalin sejak 16 tahun lalu terjejas.

Terdahulu, kekecohan timbul apabila Fazura mendakwa ada pihak yang menuduhnya meletakkan syarat mahu tampil bersama Fattah untuk menyampaikan anugerah pada malam FFM30 Sabtu lalu.

Dalam pada itu, Hans mengakui terkilan dengan tindakan Fazura yang mendedahkan mesej peribadi antara mereka kepada pihak media. Apa salahnya untuk bertemu empat mata sekiranya spekulasi mengenai kemunculan Fattah sebagai penyampai anugerah itu tidak benar. Menurut Hans, beliau hanya akan meminta maaf sekiranya dirinya betul-betul salah.

Industri hiburan di Malaysia ini kecil dan agak tidak elok jika hendak terus bermasam muka. Apa yang berlaku mungkin satu salah faham sahaja, lebih baik kalau dapat bertemu secara empat mata dan selesaikan segala masalah dan rasa tidak puas hati.








www.myartis.com / Sumber & foto: Kosmo & Beautifulnara


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: