30 April 2019

FARA HEZEL DEDAH AIMAN TINO MURUNG, HILANG SEMANGAT & DISINDIR RAKAN ARTIS


"Saya akui Aiman kelihatan tertekan apabila isu ini timbul lagi. Namun saya dan ibu bapa menjadi penguat semangatnya dikala diuji buat kali kedua. Tetapi apa yang menyedihkan ialah ada pula rakan artis yang tidak sensitif dengan memuatnaik kata-kata sindiran di laman sosial.





"Mereka cuba mengeruhkan lagi keadaan," kata penyanyi Fara Hezel yang meluahkan rasa terkilan apabila terdapat beberapa rakan artis yang menyindir adiknya yang juga penyanyi, Aiman Tino di laman sosial berkaitan kontroversi video panas buat kali kedua minggu lalu.

Pemilik nama sebenarnya Nurfaraazira Yusri berkata, dia kesal kerana tindakan rakan artis yang tidak sensitif itu membuatkan adiknya semakin tertekan hingga berdepan masalah kemurungan.

Dalam pada itu, penyanyi lagu 'Setiaku Pasti' yang ditemui semasa sesi rakaman program Riuh Raya Suria FM itu memberitahu Aiman telah melalui fasa kemurungan sehingga enggan bertemu orang ramai.

Klik untuk gambar besar


"Pada awal tempoh video yang mengaitkannya itu tersebar, Aiman mengadu dia tidak bersemangat untuk berjumpa sesiapa. Malah dia rasa runsing bagaimana nak buat show, namun semua kembali normal apabila dapat sokongan moral daripada keluarga malah dia semakin kuat dalam menempuh ujian ini," tambah Fara.

Pada Mac lalu, penyanyi yang terkenal dengan lagu 'Ku Rela Dibenci' itu dilanda kontroversi liar apabila sebuah video seorang individu didakwa miripnya sedang melakukan perlakuan lucah tersebar luas di media sosial.

Tidak hanya terhenti di situ, satu lagi video separuh bogel memaparkan seorang lelaki mengenakan baju jalur kuning pula tersebar menyebabkan Aiman terpaksa membuat laporan polis terhadap individu yang menyebarkan video terbabit.




www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: