30 April 2019

ROTAN ANAK SAMPAI BIRAT KERANA BUKA TUDUNG - ALIFF SYUKRI DIKECAM


Baru-baru ini, usahawan yang juga bergelar penyanyi, Datuk Seri Aliff Syukri dilihat telah bertindak merotan anak perempuannya, Qadeja El Zahra yang berusia 9 tahun kerana membuka tudung. Niatnya cuma ingin anaknya menjadi seorang wanita bermaruah.





Ada yang menyokong cara Aliff mendidik anaknya itu, namun ada juga netizen yang tidak bersetuju dengan tindakan tersebut. Kata mereka, Qadeja masih lagi kecil dan belum lagi baligh. Tidak mustahil cara yang kasar dan keterlaluan akan membuatkan anak itu trauma.

Bukan itu sahaja, Aliff juga dikecam masih lagi sempat untuk merakam anaknya dalam kesakitan dan memuatnaik video tersebut di media sosial.

Apapun, bak kata pepatah, menjaga seorang anak perempuan lebih susah daripada menjaga sekandang lembu. Sebenarnya setiap ibu bapa berhak untuk mendidik anak mereka ke arah lebih baik dengan cara yang berhemah juga. Mungkin Aliff tidak perlu pun memuat naik video tersebut sehingga timbul pelbagai salah faham. Apa pendapat anda?

Klik untuk gambar besar








ATAU KLIK DISINI UNTUK TONTON VIDEO



www.myartis.com / Sumber, foto & video: Beautifulnara, Instagram Aliff Syuri & Qadeja El Zahra


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: