30 April 2019
"BUKAN SAYA TIDAK RESTU... TAPI....." - BAPA ZAHIRAH MACWILSON MOHON MAAF
Memohon maaf jika pandangan mengenai hubungan anaknya, aktres Zahirah Macwilson dengan aktor Aiman Ridza Hakim sebelum ini menyinggung perasaan mana-mana pihak, pelakon Zainol Macwilson, 60, menjelaskan dia tidak bermaksud enggan memberi restu terhadap hubungan istimewa pasangan yang sedang hangat bercinta itu.
"Bukan saya tidak restu hubungan istimewa mereka, tapi saya masih belum kenal keperibadian Aiman. Jadi tiada istilah saya tidak memberi restu. Tapi jika Aiman terasa hati dengan kenyataan saya sebelum ini, saya dengan rasa rendah hati memohon maaf," katanya.
Menerusi laporan sebelum ini, Zainol memberitahu dia hanya mengetahui mengenai hubungan intim anak gadisnya dengan Aiman menerusi laporan berita dan media sosial.
Kata Zainol, dia belum berkesempatan untuk mengenali Aiman secara peribadi sebaliknya hanya mendengar cerita mengenai pelakon filem 'Kimchi Untuk Awak' itu daripada pihak luar.
Klik untuk gambar besar
Bagaimanapun, Zainol beranggapan kemungkinan kenyataan tersebut telah menyinggung perasaan pelakon yang bergandingan bersama dengan anaknya dalam drama 'Curi-Curi Cinta' itu.Ujar Zainol lagi, sebagai bapa dia sedia merestui hubungan Zahirah dan Aiman termasuk untuk tampil sebagai wali.
"Kalau ini pilihan mereka, saya dengan rasa berbesar hati memberi restu dan sedia menjadi wali jika mereka mahu mendirikan rumah tangga kelak.
"Langsung tidak wujud sebarang isu antara saya dan kekasih Zahirah, ia cuma salah faham. Saya juga tidak berniat untuk menyinggung mana-mana pihak," tuturnya.
Kisah percintaan antara Zahirah dan Aiman mendapat perhatian ramai Disember lalu apabila masing-masing memuatnaik gambar yang sama di laman Instagram mereka berserta kapsyen romantis.
www.myartis.com / Sumber & foto: mStar, Instagram Zainol Macwilson & Zahirah Macwilson
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment