23 April 2019

ISTERI BARU PU ABU 'DISERANG' - NETIZEN BUAT GERAKAN BOIKOT PRODUK, CERAMAH


Ternyata kontroversi panas melibatkan rumah tangga Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan yang menceraikan isterinya, Ain Afini ketika sedang hamil anak sulung mereka menimbulkan kemarahan netizen.





Susulan isu tersebut, isteri baru kepada PU Abu iaitu Hana Azraa dikecam teruk oleh netizen malah wujud gerakan mahu memboikot produk yang diusahakan oleh wanita tersebut yang merupakan pengasas produk kecantikan.

Tidak kurang juga ada yang menggena netizen agar memboikot ceramah atau program melibat pendakwah tersebut untuk memberi pengajaran kerana menganiaya bekas isterinya.

Mungkin disebabkan PU Abu dan Hana Azraa menutup ruangan komen di laman sosial Instagram (IG) masing-masing, menyebabkan netizen bertindak menyerang kedua-dua individu tersebut di Twitter.

Klik untuk gambar besar


Menerusi komen-komen ditinggalkan di akaun Twitter Hana Azraa, netizen menggesa orang ramai memboikot produk keluaran wanita tersebut dan berpendapat peruntuh rumah tangga orang tidak perlu disokong.

Selain Hana Azraa yang juga ibu tunggal, merupakan pengasas kepada produk kecantikan berasal dari utara tanah air, mereka turut meminta ceramah PU Abu juga diboikot sebagai pengajaran kepada bekas peserta realiti itu.

Selain itu, ada pengguna laman sosial tersebut berpendapat Hana Azraa sengaja membuka semula akaun IGnya kepada umum dan berlagak seperti tidak bersalah.



Disebabkan itu pengikut di akaun IG Hana Azraa naik mendadak sehingga 85 ribu orang sebaik sahaja tetapan privasi ditukar kepada umum beberapa hari lalu. Lebih panas lagi apabila ada yang berkongsi sebuah kapsyen yang didakwa ditulis bekas suami Hana Azraa.

Dalam pada itu, perkongsian netizen itu turut mendapat perhatian ramai yang menyifatkan perbuatan kedua-kedua mereka sangat kejam. Kata netizen lagi, disebabkan mereka inilah orang ramai memandang serong kepada wanita berpurdah dan mereka yang bergelar Pencetus Ummah.

Semalam, menerusi satu kemaskini di Instagram yang kini sudah dipadam, PU Abu mengakui menyesal meminta maaf di atas apa yang berlaku. Dalam pada itu, PU Abu memberitahu dia akan bertemu dengan bekas isterinya untuk menyelesaikan perkara ini secara baik.












www.myartis.com / Sumber: mStar, Rotikaya & Astro Gempak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: