23 April 2019

WARDINA SAFIYYAH: "USTAZ & ORANG BERAGAMA GATAL ARE TRULY DISGUSTING..."


"Sebenarnya tak komen lagi bagus tapi macam nilah pada saya bukan juga soal PU or whatever Dai' ceraikan isterinya waktu sarat TAPI si Abu miang ni dok bercinta dengan perempuan lain (tak kisahlah Janda atau tidak) lepas baru dua bulan berkahwin dan sedang menanti kelahiran cahaya mata sulung. Like seriously? Dua bulan???





"Pada saya sebenarnya lagi merana hidup sekiranya terpaksa berhadapan dengan suami yang sedang angau dengan wanita lain. So memang elok lah dilepaskan. But the fact that he fell in love with another women after just 2 months of marriage is just absurd.

"Buat para lelaki (tak kisahlah Ustaz ke tidak) Fitnah wanita ni memang terlalu hebat. JANGAN mula. JANGAN berani -berani tanya khabar and disguise it with something else. It's not worth it. Not worth the heartache and emotional pain that your wife has to go through.

"Tak berbaloi berantakan rumah tangga dan berpecah belah keluarga kerana seorang wanita demi mengejar nafsu yang tidak pernah kenal erti puas. Lepas tu suruh mereka sabar demi agama dan demi pahala sedang hang happy melayan nafsu. Eloklah tu," demikian tulis Wardina Safiyyah yang meluahkan rasa dan pendapatnya berhubung isu Pencetus Ummah, Abu Sufyan di laman Instagramnya.

Klik untuk gambar besar


Tindakan PU Abu yang menceraikan isterinya, Ain Afini menerusi aplikasi Whatsapp ketika sedang hamil terus menjadi bualan hangat netizen. Isu itu juga mendapat perhatian pendakwah lain yang turut bersedih dengan kejadian tersebut.

Tidak ketinggalan, Wardina turut berpendapat, lebih merana seorang wanita itu apabila mengetahui suaminya jatuh cinta dengan wanita lain sedangkan usia perkahwinan mereka baru sahaja beberapa bulan.

Sementara itu, Wardina mendoakan semoga PU Abu dibukakan mata dan hati untuk melihat apa yang berlaku. Wardina turut bertanyakan kepada Hana Azra, isteri kepada PU Abu sama ada bolehkah dia merasa bahagia di atas kesengsaraan wanita lain.

Dalam pada itu, Wardina turut membidas sikap segelintir ustaz atau pendakwah gatal yang disifatkan sangat menjijikkan. Mereka sepatutnya mendidik lelaki untuk menghargai dan menghormati wanita. Wardina berkata, mereka sangka boleh terlepas hanya kerana mereka alim dan boleh menggunakan ayat-ayat atau Hadis untuk mewajarkan perbuatan mereka.


www.myartis.com / Sumber: Oh Bulan & Rotikaya


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: