23 April 2019

BAWA AIMAN JUMPA IBU - ZAHIRAH JELAS HANYA KENALI, BELUM NAK BERTUNANG


Mengenai perjumpaan kekasihnya, pelakon Aiman Hakim Ridza dengan ibunya, Maslinda Yusoff baru-baru ini, aktres Zahira Macwilson menjelaskan, masih dalam peringkat berkenalan antara satu sama lain dan tiada perbincangan untuk melangkah ke fasa seterusnya termasuk bertunang dalam pertemuan itu.





"Pertemuan Aiman bersama ibu saya hanya untuk mengenali antara satu sama lain. Tiada apa-apa yang dibincangkan sebaliknya sekadar berkenalan. Belum ada apa-apa perkhabaran ke arah itu (bertunang)," jelasnya ringkas.

Menurut Zahirah, Aiman tidak kekok bertemu dengan ibunya malah semuanya berlangsung dalam suasana yang cukup baik.

"Semua okay. Aiman tak kekok ketika berbual dengan ibu saya. Maaf, saya tidak boleh bercakap lama kerana sedang menjalani penggambaran drama," katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Klik untuk gambar besar


Dalam pada itu, ibu Zahirah meluahkan rasa gembira di akaun Instagram kerana teruja melihat kebahagiaan anaknya di samping Aiman.

"Tiga hari meluangkan masa bersama, saya nampak kebahagiaan kalian berdua. Allah menciptakan hamba-Nya berpasang-pasangan dan kalian saling melengkapi.

"Semoga Allah permudahkan segala urusan dan memberkati kalian dengan ketabahan dalam menghadapi sebarang kemungkinan," tulisnya.






www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro & Rotikaya


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: