23 April 2019
VIDEO PANAS TULAR LAGI: "SILA BERDEPAN & BERSEMUKA DENGAN SAYA" - AIMAN TINO
Penyanyi Aiman Tino kembali diheret kontroversi apabila satu lagi video dipercayai rakaman susulan disebarkan, kelmarin selepas sebulan isu aksi panas remaja lelaki dikatakan mirip dirinya tular di media sosial.
Aiman bagaimanapun, menafikan lelaki dalam video terbabit adalah dirinya dan menyifatkan individu yang menyebarkan rakaman itu sengaja mahu membunuh reputasinya.
"Mereka tidak pernah puas mengenakan artis dan terus terang saya katakan, saya malas layan isu mengarut seperti ini. Penyebaran video ini juga tidak memberi kesan kepada saya.
"Cuma, saya sedih isu yang tercetus meninggalkan impak negatif kepada peminat. Saya anggap isu ini sebagai isu bodoh dan saya tidak akan buat perkara sebegini.
Klik untuk gambar besar
"Kalau perkara ini terus berlarutan, saya tidak teragak-agak untuk ambil tindakan," kata penyanyi yang popular dengan lagu 'Ku Rela Dibenci' itu.
Mengulas mengenai baju yang dipakai lelaki itu sama seperti persalinan yang dimilikinya, Aiman berkata, dia juga seperti orang lain yang mendapatkan pakaian di butik jenama tertentu.
Sementara itu, Aiman menegaskan, dia tidak teragak-agak mengambil tindakan terhadap penyebar video terbabit sekiranya isu itu berlarutan.
"Jika diikutkan, saya malas mahu mengambil tindakan mahkamah kerana ia akan memakan masa yang panjang. Tetapi, seandainya penyebar itu masih berdegil dan mahu terus menjatuhkan nama saya, kita jumpa di mahkamah nanti.
"Saya juga mencabarnya, jika dia masih tidak senang hati, sila berdepan dan bersemuka dengan saya," tegasnya.
Mengulas mengenai baju yang dipakai lelaki dalam video berkenaan mirip baju miliknya, Aiman berkata, dia juga membeli-belah di butik-butik popular sama seperti orang lain.
"Seperti orang lain, saya juga membeli baju di H&M dan Cotton on. Jadi, tidak hairan jika baju saya itu sama dengan orang lain," tuturnya.
www.myartis.com / Sumber & foto: Berita Harian, Kosmo & mStar
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment