23 April 2019

'DI MATAMU' SUFIAN SUHAIMI TERIMA PENGIKTIRAFAN 'MALAYSIA BOOK OF RECORDS'


Nampaknya lagu sedih yang sinonim dengan rakyat Malaysia iaitu 'Di Matamu' nyanyian Sufian Suhaimi itu mencatat kejayaan tersendiri dan mencipta sejarah apabila muzik video lagu tersebut akhirnya menerima pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records.





'Di Matamu' menerima penganugerahan itu di atas pencapaian jumlah tontonan tertinggi muzik video di Youtube bagi kategori lagu Melayu dan artis tempatan. Muzik video Di Matamu kini meraih lebih 56.485 juta jumlah tontonan sejak ia dimuat naik pada 22 Mac tahun lalu.

Lagu 'Di Matamu' dilancarkan tidak lama selepas peristiwa putus tunang diantara Sufian dan pelakon Elfira Loy pada 18 Feburari tahun lalu. Kemudian, muzik video lagu tersebut dilancarkan pada tarikh yang sepatutnya menjadi hari pernikahannya bersama Elfira.

Lagu hasil ciptaan Sirkhan dan Rinkarnaen ini mencipta fenomena tersendiri apabila lagu sedih ini dikatakan seakan-akan perjalanan kisah cinta Sufian yang tidak kesampaian. 'Di Matamu' turut bergelar finalis pada Anugerah Juara Lagu ke-33 yang diadakan pada Februari lalu.

Klik untuk gambar besar





www.myartis.com / Sumber: Kopi Planet & Rotikaya'


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: