17 April 2019
ISU SPEKULASI RUMAH TANGGA BERMASALAH - INI RESPON ISTERI SHARNAAZ
Rumah tangga pelakon Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila yang di spekulasi sedang bergolak itu nampaknya sudah lama dikatakan, meskipun memuatnaik pelbagai kata-kata sedih di media sosial, kedua-duanya tetap berdiam diri dan tidak mengeluarkan sebarang komen mengenai khabar angin berkenaan.
Pasangan ini dihimpit dengan pelbagai persoalan dari netizen termasuklah meminta Sharnaaz dan Nabila bergambar sebagai satu keluarga bersama anak mereka, Jebat Jayden.
Mungkin tidak tahan dengan segala spekulasi dan provokasi daripada sesetengah pihak, Nabila meminta agar netizen tidak perlu masuk campur dengan urusannya. Isu berkaitan rumah tangga adalah hak peribadinya. Bagaimanapun, masih ramai yang mendoakan yang terbaik buat pasangan ini dan semoga mereka dapat berdamai.
Kami harap mereka dapat menyelesaikan segala masalah yang dihadapi dengan baik. Biasalah dalam rumah tangga, akan ada pasang dan surutnya, tetapi jangan mudah putus asa dengan ujian yang melanda.
Klik untuk gambar besar
www.myartis.com / Sumber: Beautifulnara
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment