17 April 2019

"I JUST WANT A CLEAN BODY" - KEITH FOO PERJELAS SEBAB BUANG TATU


Kini dalam proses untuk menghilangkan semua lukisan tatu yang berada di badannya, pelakon popular, Keith Foo menjelaskan dia hanya mahukan kulit tubuh yang bersih tanpa sebarang tatu dan menegaskan bahawa tiada sebab lain dia berbuat demikian.





"Saya masih dalam proses untuk membuang semua tatu di badan saya dan ia memerlukan saya untuk melakukannya secara berperingkat. I just want a clean body, memang tiada tujuan lain, saya lakukannya dengan keinginan saya tanpa disuruh sesiapa.

"Selain itu, kulit bersih tanpa tatu juga memudahkan saya untuk melakonkan pelbagai watak di masa akan datang, namun begitu, proses pembuangan tatu saya ini bukanlah disebabkan oleh tawaran berlakon dari mana-mana pihak," katanya.

Keith mula berkongsi mengenai proses pembuangan tatunya itu mulai semalam menerusi ruangan Instagram (IG) Storynya buat tatapan umum.

Klik untuk gambar besar







www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak, mStar & Instagram Keith Foo


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: