16 April 2019
"KAMI BAHAGIA SAHAJA" - DATUK RED NAFI KE MAHKAMAH KERANA KES CERAI
"Ya, memang saya ada ke mahkamah tapi bukan kes rumah tangga, ia berkaitan hal lain yang dirasakan tidak sesuai dikongsi dengan orang ramai. Semasa di mahkamah itu, saya teringat sembilan orang anak saya dan terus menulis mengenai mereka.
"Sekarang ini, apa sahaja ujian hidup yang datang, saya ingatkan diri untuk kuat kerana anak-anak. Kehidupan kami berjalan seperti biasa dan pagi tadi saya dari rumah Adira, tak ada apa masalah! Biarlah kalau orang nak buat spekulasi disebabkan tulisan tersebut.
"Buat masa ini kami bahagia sahaja, kalau tak bahagia takkan dia mengandung sekarang kan? Cuma biasalah, ibu hamil ini, emosi kurang stabil sikit, ditambah pula ada 'anasir-anasir luar' kiri dan kanan.
"Insya-Allah semoga semuanya kembali seperti dahulu," demikian kata Datuk Seri Adnan Abu atau lebih dikenali sebagai Datuk Red, mengulas foto yang memperlihatkan dirinya berada di sebuah lokasi dipercayai mahkamah yang dimuatnaiknya di InstaStories.
Klik untuk gambar besar
Suami kepada Datin Red dan penyanyi Adira Suhaimi itu juga turut memuatnaik bait-bait sedih yang memberitahu anak-anak menjadi sumber kekuatan selain turut memohon doa agar urusannya dipermudahkan menerusi InstaStories.
Status tersebut telah mengejutkan ramai pihak, ditambah pula, sebelum ini timbul gosip mengatakan rumah tangga pasangan ini sedang bermasalah.
Bagaimanapun, Datuk Red menjelaskan tujuannya ke mahkamah bukanlah berkaitan kes perceraian tetapi isu lain. Manakala status sedih mengenai anak pada foto itu ditulis secara spontan. Ini kerana kata Datuk Red, beliau dan Adira masih lagi bahagia melayari bahtera rumah tangga.
Sementara itu, Datuk Red berkata dia tidak kisah jika ada netizen membuat spekulasi dan beranggapan rumah tangganya bersama penyanyi lagu 'Pujaan Hati ' itu sudah goyah.
Baguslah kalau semuanya baik-baik sahaja. Biasalah dalam rumah tangga pasti ada pasang dan surutnya. Apa-apa pun, semoga kekal bahagia sehingga ke syurga.
Untuk makluman, ahli perniagaan itu berkahwin dengan Adira sebagai isteri kedua di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015.
Pasangan ini menimang cahaya mata pertama yang diberi nama Anggerik pada 10 Mac 2017, manakala anak kedua pula bernama, Assan yang dilahirkan pada 9 September 2018 dan kini Adira sedang hamil empat bulan anak ketiga mereka.
Datuk Red bersama isteri pertamanya iaitu Sharifah Norshafila Hassim (Datin Red) dikurniakan lima orang cahaya mata. Sebelum dengan Datin Red, Datuk Red pernah berkahwin dengan seorang wanita ketika berusia 20 tahun dan berpisah lima tahun kemudian. Hasil perkahwinan tersebut, Datuk mempunyai dua cahaya mata yang kini berusia 20 dan 15 tahun.
www.myartis.com / Sumber: mStar & Beautifulnara
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment