01 April 2019

"MASIH BERHIJAB SEPENUHNYA" - FATHIA NAFI HIDAP BIPOLAR, JALANI RAWATAN


Dakwaan yang mengatakan drinya mengidap penyakit bipolar dan sedang menjalani rawatan itu telah dinafikan oleh pelakon Fathia Latiff. Dalam masa sama, Fathia juga menegaskan dirinya masih berhijab.





"Ya saya masih berhijab sepenuhnya and I learned from my mistakes. Insyallah saya mahu menjadi insan yang lebih baik dan terima kasih kepada semua sehingga menjadikan saya seorang manusia yang lebih baik.

"Apa yang terjadi sebelum ini telah menjadikan diri saya yang sekarang. Oh, bipolar? Alhamdulillah sebenarnya itu semua tidak benar. Saya tidak jalani apa-apa rawatan cuma saya cuba improve diri saya," jelasnya.

Klik untuk gambar besar


Fathia berkata demikian ketika ditemui pada majlis Festival Filem Malaysia (FFM) pada Sabtu lalu. Tambah Fathia, beliau juga kini lebih banyak menghabiskan masa bersama keluarga untuk memperbaiki diri.

Sebelum ini dunia hiburan digemparkan dengan gambar Fathia tidak berhijab, dan berambut pendek berserta dengan penampilan yang agak serabut. Diharap Fathia terus istiqamah dalam memperbaiki diri.






www.myartis.com / Sumber & foto: Media Hiburan & Instagram Fathia Latiff


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: