07 April 2019

RASHIDI ISHAK: "TIDAK BANYAK PERBEZAAN CUMA BERGERAK SENDIRIAN"


"Alhamdulillah kehidupan saya baik. Saya rasa orang lain pun akan melalui perkara yang sama iaitu 'move on' dan itu yang dilakukan oleh saya. Tumpuan saya semestinya kepada kerjaya, perniagaan, anak-anak serta keluarga.





"Tidak ada banyak perbezaan cuma sekarang ini bergerak secara sendirian jika ingin dibandingkan ketika masa berkahwin," demikian jelas pelakon Rashidi Ishak yang mengakui sudah 'move on' selepas keretakkan rumah tangganya bersama aktres Vanidah Imran.

Menurut Rashidi kini dia bergerak sendirian jika ingin dibandingkan ketika mempunyai pasangan. Tambah Rashidi dia akan sentiasa bersama anak-anak jika mereka memerlukan seorang ayah.

"Saya masih menguruskan anak sama seperti dahulu walaupun tidak tinggal bersama. Anak-anak saya bersama Vee tetapi rutin seperti menghantar mereka ke sekolah atau pun apa saja memerlukan ayah mereka, saya akan berada di situ," katanya lagi.

Klik untuk gambar besar





www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak, Hlive & Instagram Rashidi Ishak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: