07 April 2019

BEKAS KUMPULAN TOPS, WAN MAZLINA PATAH PEHA KANAN, DUA TULANG RUSUK


Malang tak berbau... demikian terjadi dengan bekas anggota kumpulan wanita Tops, Wan Mazlina Md Zain, 46, apabila kenderaan yang dinaikinya bersama suami dan anak-anak terbabit dalam kemalangan di Lebuhraya Darulaman, Alor Setar, Kedah, baru-baru ini.





Dalam kejadian jam 11.30 malam itu, Wan patah peha kanan, dua tulang rusuk kanan dan kelopak mata terkoyak, manakala suaminya, Mohd Azam Mohd Desa, 43 dan tiga anak mereka Siti Maisarah, 20, Mohd Hadif, 11, dan Abdul Muaz, 15, cedera ringan.

"Mula-mula saya terkejut seperti bermimpi kerana kejadian berlaku sekelip mata. Saya memang tak sedar apa yang terjadi. Apa pun syukurlah kami sekeluarga terselamat," tuturnya.

Bercerita mengenai kejadian yang berlaku di depan pusat beli-belah Aman Sentral itu, Wan berkata, ketika itu suaminya memandu manakala dia tertidur.

Klik untuk gambar besar


"Ketika melalui persimpangan lampu isyarat, sebuah kereta tiba-tiba membuat pusingan U dan merempuh kereta kami sehingga berpusing," katanya yang kini aktif sebagai buskers di sekitar Kedah.

Wan berkata, mereka sekeluarga kemudian dibantu orang ramai sebelum dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar.

Kumpulan Tops yang turut dianggotai Tatty, Ina dan Ida pernah merakamkan album bersama syarikat Pony Canyon pada 1998. Mereka popular menerusi lagu 'Asmara Kita' dan 'Bermula Cinta'.


www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: