07 April 2019

SITI NORDIANA FIKIR FASAL NIKAH TIGA ATAU EMPAT TAHUN LAGI


Penyanyi dan pelakon Siti Nordiana ketika ditebak mengenai soal peneman hidup dek kerana sekian lama menjanda dan menggalas taggungjawab sebagai ibu tunggal, beliau yang mesra disapa Nana itu memberitahu belum tiba masanya lagi untuk dia berbuat demikian.





Jelas anak kelahiran Felda Sendayan, Negeri Sembilan itu, dia masih belum terfikir untuk mencari pengganti kepada arwah bekas suaminya, Mohd. Faizal Yusup dan menyerahkan soal jodoh sepenuhnya kepada Tuhan.

"Pada saya, belum tiba masanya untuk memikirkan dan mencari pengganti arwah suami. Lagipun, saya baharu saja diberikan rezeki buat kali kedua dan merasa kembali kesibukan dalam karier yang diceburi.

"Kalau boleh untuk masa sekarang, saya ingin fokus mencari wang dan membesarkan anak serta bahagiakan keluarga terlebih dahulu. Bab perkahwinan bukan satu perkara mudah, ia merupakan komitmen dan tanggungjawab.

"Lagipun saya selesa seperti ini. Soal nikah dan kahwin itu, biarlah saya muktamadkan tiga atau empat tahun lagi. Buat masa ini, biarlah saya sibuk dan leka dengan kerjaya, anak dan keluarga tercinta," tuturnya sambil mengukir senyuman.

Klik untuk gambar besar


Menjawab persoalan dan khabar angin terdahulu mengatakan dirinya sedang hangat bercinta dan mempunyai hubungan mesra bersama beberapa orang seleberiti, Nana hanya mampu tergelak kecil sekali gus menafikan perkara tersebut.

Menurutnya, dia sudah terbiasa dan seakan-akan lali dengan cakap-cakap orang umumnya netizen mengenai perkara tersebut. Pun begitu, selagi ia tidak menjejaskan periuk nasi dan punca rezekinya, Nana tekad untuk tidak ambil pusing tentang perkara tersebut.

"Memang sudah selalu sangat orang kata sebegitu. Macam Khai Bahar, saya memang kerap menyanyi bersama dengannya walaupun di luar. Jika Zoey Rahman pula, saya memang sudah mengenali dan berkawan dengannya sekian lama. Begitu juga denngan Fikri Ibrahim, kami banyak berlakon dan mengacara bersama.

"Selagi belum berkahwin dan bergelar janda, orang memang tak akan berhenti bercakap dan akan terus membuat spekulasi secara melulu. Lagipun, semua perkara tersebut adalah atas dasar kerja dan tidak lebih daripada batas sebagai seorang kawan," jelasnya.






www.myartis.com / Sumber & foto: Kosmo & Instagram Siti Nordiana


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: