27 May 2019

AL-FATIHAH - KASSIM SELAMAT DIJEMPUT ILAHI DI SINGAPURA


Takziah kami ucapkan kepada keluarga penyanyi era 60-an dan legenda muzik pop yeh yeh yang popular dengan lagu 'La Obe' dan Nga 'Lompak AGo Go', Kassim Rahmat atau lebih dikenali sebagai Kassim Selamat yang meninggal dunia akibat sakit tua semalam. Kassim menghembuskan nafas terakhir ketika usia 84 tahun pada pukul 3.30 petang di rumahnya di Yishun.





Penyanyi utama Kumpulan The Swallows itu, meninggalkan seorang isteri, Radiah Hadar dan empat anak. Anak perempuannya, Kasmawati Kassim, berkata bapanya menghidap sakit dementia sejak lapan tahun lalu: "Ibu yang setia menjaga bapa di rumah".

Kasmawati berkata, jenazah bapanya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pusara Aman, Jalan Lim Chu Kang, pagi hari ini. Kassim dilaporkan pernah menggantikan Allahyarham Datuk Ahmad Daud sebagai penyanyi utama kugiran itu yang cukup terkenal dengan lagu popular, Si Manis 17.

Media Singapura turut melaporkan adik Kassim dikenali sebagai Cikgu Abdolah Lamat mengesahkan berita kematian arwah. Malah, beberapa artis veteran tempatan dan Singapura antaranya Ogy atau Fauziah Ahmad Daud dan Rahimah Rahim turut berkongsi berita mengenai kematian arwah di laman sosial masing-masing sejak petang tadi.

Klik untruk gambar besar


"Berita pulangnya Haji Kassim Selamat ke rahmatullah baru ini. Alfatihah. Semoga roh Allahyarham ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dalam rahmat Allah SWT. Amin! Salam takziah juga buat semua keluarga Allahyarham. Seorang penyanyi legenda 60-an yang saya hormati dan diantara lagu popular yang didendangkannya La Obe," tulis Rahimah di laman Facebooknya.

Ogy pula menganggap Allahyarham bertuah kerana dipanggil 'pulang' pada bulan Ramadan: "Saya peminat Allahyarham. Semoga Allahyarham ditempatkan dalam golongan hamba-Nya yang soleh".

The Swallows pernah terbabit dalam persembahan muzikal Suzana@60-an di Istana Budaya, Kuala Lumpur pada 2006. Kumpulan itu memiliki keunikkan tersendiri kerana mereka turut mempersembahkan lagu dalam Bahasa Bawean. Selain 'La Obe' dan 'Nga lompak AGo Go', lagu-lagu popular mereka termasuk 'Angkok Angkok Bilis', 'La Karebna', 'Leh Paju Molle' dan 'La Ngomber'.








www.myartis.com / Sumber & foto: Berita Harian, BERNAMA, Harian Metro & mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: