27 May 2019
TAK MAHU DIKAITKAN DENGAN DATUK VIDA LAGI - AMARIS ANGKAT KAKI
"Hubungan rapat saya hamba Allah tersebut sudah lama berakhir, saya tidak mahu lagi dikaitkan dengannya. Beberapa isu yang terpalit terhadapnya turut memberi kesan tidak baik kepada saya malah kehidupan saya diganggu beberapa individu tidak dikenali yang menyangka saya merupakan penolong peribadinya.
Sejujurnya saya diberitahu oleh beberapa penerbit drama yang nama saya 'ditendang' dalam senarai barisan pelakon kerana dikatakan mempunyai hubungan rapat dengan beliau. Ia sedikit sebanyak menganggu satu sidang media khas dalam masa terdekat," demikian kata pelakon Putra Amaris.
Amaris menegaskan dia kini sudah tidak mempunyai sebarang kaitan dengan jutawan kosmetik, Datuk Seri Hasmiza Othman. Menurut Amaris atau nama sebenarnya Muhammad Amran Ismail, perjelasan itu perlu dibuat bagi membersihkan namanya daripada terus 'digam' stesen televisyen ekoran mempunyai hubungan baik dengan usahawan itu.
Menerusi laporan sebelum ini, Amaris mengakui bekerjasama rapat dengan Hasmiza atau nama lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida. Selain kerap memuatnaik foto bersama di media sosial, Amaris turut membantu perniagaan Vida dalam menguruskan hal pemasaran.
Klik untuk gambar besar
www.myartis.com / Sumber: mStar
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment