12 May 2019

DIKUNJUNGI ANWAR IBRAHIM - YAZIT HENTI MINTA BANTUAN, ADA PIHAK KURANG SENANG


"Saya tak pernah minta media untuk membantu atau dengar suara saya. Jika saya bersuara minta bantuan ada pula yang akan maki seperti saya minta sedekah. Sehingga saya dihina kerana nampal teruk sangat. Mereka tak suka. Jadi di situ kita macam terbantut.





"Saya lebih bahagia dalam keadaan begini kerana akhirnya saya ada anak-anak dan isteri yang dekat dengan saya," demikian kata pemain dram kumpulan Search iaitu Yazit Ahmad yang serik untuk meminta bantuan bagi meringgankan beban kos rawatan dialisis yang terpaksa dijalaninya sejak 11 tahun lalu.

Yazit, 57, berkata, hasratnya untuk mendapatkan bantuan kewangan sebelum ini terbantut apabila menerima kecaman segelintir individu yang berasa kurang senang dengan tindakan itu.

Beliau ditemui ketika kunjungan Mahabbah Ramadan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim melakukan kunjungan Mahabbah di kediaman anak pemuzik itu di Wangsa Maju pada Sabtu.

Klik untuk gambar besar


Yazit meluahkan rasa terharu menerima kunjungan Anwar ke kediamannya. Menurut Yazit, kunjungan Anwar ke rumahnya itu ibarat rahmat buat dirinya sempena buan mulia ini.

"Sejujurnya saya berasa sangat terharu dan terkejut apabila seorang pendekar politik negara yang begitu saya sanjung, datang berjumpa saya. Saya rasa seperti Allah menghantar kepada saya sesuatu yang amat tinggi dan saya anggap rahmat buat diri saya.

"Ianya suatu perkara luar biasa yang terjadi kepada saya apabila seorang bekas timbalan perdana menteri sudi menziarahi saya. Kehadiran beliau telah menyuntik semula semangat saya," tuturnya.

Dalam pada itu, Yazit menjelaskan turut menerima bantuan dari persatuan karyawan dan Baitulmal namun masih tidak mencukupi buat menampung kos ubat-ubatan yang mencecah sehingga RM300 hingga RM400 seminggu.



"Setakat ini saya masih mendapat bantuan rawatan dialisis daripada Baitulmal selain bermain muzik bersama kumpulan buskers sekitar Kuala Lumpur. Selain itu, isteri ada juga menjalankan bisnes menjual beg tangan yang dibuatnya secara kecil-kecilan sebagai membantu menambah perbelanjaan harian," jelasnya.

Bercerita lanjut mengenai dirinya, Yazit mengakui agak terbeban dengan kos rawatan dialisis yang terpaksa dijalaninya sebanyak 3 kali seminggu. Jelas Yazit, kos rawatan mampu mencecah sehingga hampir RM1,800 sebulan tidak termasuk kos pengangkutan untuk berulang-alik ke hospital.

"Saya sedar kita ada saluran yang betul untuk benda begini. Tapi bila kita berusaha untuk itu, kita pula dimaki. Macam peminta sedekah pula dikatanya kita. Namun, rawatan dialisis saya memerlukan perbelanjaan yang agak besar. Jika ditanya apa yang saya perlukan ketika ini adalah sokongan kewangan darpada industri sendiri.



"Kita ni berjasa juga pada industri muzik tanah air. Kalau tiada apa yang menghargai pada diri kita, ia ibarat mati segan mati tak mahu. Kos rawatan sebulan mencecah RM1,800 belum termasuk belanja pengangkutan untuk ke hospital," ujarnya.

Bercerita mengenai aktiviti bulan puasa, Yazit bersyukur kerana dapat menjalani tuntutan rukun Islam ketiga itu meskipun berdepan masalah kesihatan.

"Aktiviti bulan ramadhan paling seronok kerana saya boleh pergi ke masjid. Alhamdulillah tuntuntan berpuasa masih boleh diteruskan. Sebelum ini buat dialisis saya tak boleh berpuasa tetapi tahun ini nampaknya semakin baik," katanya.

Dalam pertemuan itu, Anwar turut menyampaikan sumbangan berupa wang tunai kepada Yazit yang kini menderita penyakit saraf selain dilaporkan menghidap penyakit buah pinggang sejak 11 tahun lalu. Pada Julai 2015, Yazit pernah dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat masalah buah pinggang dan jantung.






www.myartis.com / Sumber: mStar & Kosmo


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: