02 May 2019
DJ LIN BERSYUKUR SELAMAT JALANI PEMBEDAHAN BUANG FIBROID
"Atas saranan doktor, kaedah teknologi pembedahan ini digunakan untuk mengurangkan kesan sakit berbanding jika dibuat secara pembedahan biasa. Pembedahan dilakukan di bahagian pusat yang berdekatan dengan bahagian rahim saya disebabkan masalah gangguan kitaran haid. Alhamdulillah, keadaan saya semakin baik namun perlu terus berada di wad dalam tempoh lebih seminggu.
"Ini disebabkan, doktor masih perlu membuat pemantauan berterusan terhadap keadaan saya," kata penyampai radio Suria FM, DJ Lin yang bersyukur selamat menjalani pembedahan membuang fibroid iaitu sejenis ketumbuhan di bahagian rahim, petang kelmarin.
DJ Lin atau nama penuhnya Roslinda Abdul Majid, 44, berkata proses membuang ketumbuhan bersaiz tujuh kali tujuh sentimeter itu berjalan lancar menerusi kaedah pembedahan 'laparscopic myomectomy'. DJ Lin berkata, dia juga tidak akan kembali bekerja dalam tempoh terdekat memandangkan doktor menyarankannya untuk berehat sehingga sembuh sepenuhnya.
"Saya dinasihatkan untuk berehat dalam tempoh satu hingga dua bulan bagi memastikan kesihatan pulih sepenuhnya," tuturnya DJ Lin yang dimasukkan beberapa kali ke hospital sebelum ini selepas mengalami kesakitan pada bahagian perutnya dan kali terakhir dia dimasukkan ke hospital adalah bulan lalu selepas menghidap masalah Vertigo yang serius.
Klik untuk gambar besar
www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro & Instagram DJ Lin
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment