06 May 2019

ISU ROTAN ANAK MASUK BERITA - ALIFF SYUKRI MUATNAIK VIDEO MENANGIS


Isu jutawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri yang memuatnaik video merotan anak perempuannya, Qadejah El Zahra berusia 9 tahun kerana membuka tudung di hadapan lelaki tidak dikenali sehingga menjadi viral itu telah mendapat perhatian beberapa badan bukan kerajaan (NGO).





NGO menyifatkan perbuatan itu sebagai penderaan fizikal dan membuat laporan polis ke atas Aliff sehingga pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), menjalankan siasatan sekiranya terdapat kesan negatif pada kanak-kanak itu.

Terbaru, Aliff nampaknya tidak dapat menahan perasaannya lagi dan memuat aik video dirinya menangis teresak-esak seorang diri apabila isu beliau merotan anaknya itu turut dilaporkan dalam slot berita utama.

Klik untuk gambar besar


"Apa salah saya?? Saya hanya nak jadi abah yang terbaik untuk anak saya cess @qadejah_terlajaklaris.... Saya hanya insan biasa 😢😢😢. Full vedio ada di youtube saya tv terajaklaris," tulisnya.

Bukan kali pertama dihimpit kontroversi kerana video yang dimuatnaik di media sosial, rata-rata netizen berharap apa yang berlaku kali ini menjadi pengajaran buat Aliff.

Apa-apapun, tidak salah untuk mendidik anak dengan cara tersendiri tetapi tidak perlu untuk berkongsi semua perkara dengan umum.








ATAU KLIK DISINI UNTUK TONTON VIDEO



www.myartis.com / Sumber, foto & video: Beautifulnara, Instagram Aliff Syukri & Qadejah El Zahra


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: