05 May 2019
"SAYA TAHU BATAS SAYA DENGAN REMY" - MIRA FILZAH AKUI SUKA LELAKI BERUSIA
"Mungkin sesuatu yang normal untuk pelakon wanita dan lelaki terus dikaitkan jika kedua-duanya masih belum berkahwin. Tambahan pula drama lakonan kami mendapat sambutan. Tetapi jujurnya saya tahu batas saya dengan Remy.
"Kami hanya bekerja di set penggambaran dan selepas bekerja saya tidak keluar minum atau melepak bersama. Hati saya masih belum dimiliki sesiapa.
"Tahun ini juga saya tidak nampak akan mempunyai hubungan dengan mana-mana lelaki apatah lagi mahu melangsungkan perkahwinan," demikian kata pelakon Mira Filzah yang memahami situasi peminat yang terkadang terbawa-bawa dengan drama kesukaan mereka.
Namun Mira yang dikaitkan pula dengan pelakon Remy Ishak itu menjelaskan, tidak pernah wujud hubungan istimewa diantara mereka.
Klik untuk gambar besar
Selain itu, menurut Mira kematangan lelaki yang lebih berusia darinya menjadi ciri utama dalam mencari cinta hatinya agar hubungan yang dibina itu dapat dipimpin dengan didikan agama yang baik.
"Saya suka lelaki berusia, tidak pernah lagi berkawan dengan lelaki sebaya. Dalam hubungan kita perlukan seseorang yang membawa kita ke arah yang lebih baik. Sebab itu saya perlukan lelaki yang mempunyai didikan agama," jelasnya.
Terdahulu, ramai mengaitkan perpisahan Remy dengan bekas tunang berpunca daripada hubungan istimewa yang terbit bersama Mira selepas drama mereka yang hit. Peminat pula seakan memberi restu andai mereka ini bersama.
www.myartis.com / Sumber: Utusan, Rotikaya & Instagram Mira Filzah
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment