12 May 2019

KOLEKSI BAJU MELAYU SEDONDON DIPERSENDA - PAK NIL LUAH RASA SEDIH, JELASKAN


Pasti ramai yang ternantikan koleksi baju raya yang dikeluarkan oleh selebriti popular tanah air hampir setiap tahun. Tidak ketinggalan tahun ini, pengacara popular Datuk Aznil Hj Nawawi turut mengeluarkan koleksi baju Melayu yang dihasilkannya bersama pereka fesyen Razman Razmi.





Bagaimanapun, Aznil atau lebih mesra disapa sebagai Pak Nil itu meluahkan rasa sedih apabila ada netizen mengutuk dan mempersendakan koleksi baju Melayunya itu.

Menerusi laman Instagram, Pak Nil menjelaskan koleksi baju Melayu dihasilkan bersama samping dan bengkung warna sedondon itu diilhamkan daripada penghibur terkenal, Datuk Sudirman Arshad.

Katanya lagi, beliau mahu mengenang kembali koleksi pakaian yang pernah digayakan oleh penghibur serba boleh negara, Allahyarham Sudirman.

"Sedih jugak lah bila org persendakan. Samping sedondon tu #paknil bagi percuma aje untuk mengenang idola #paknil, Allahyarham Sudir. Yg tak nak pakai samping tu masih boleh gunakan samping songket biasa.

Klik untuk gambar besar


"Paknil hadiahkan jugaklah samping songket supaya pemilik baju melayu ini ada pilihan. Settlekan? Orang baling batu, Paknil baling bunga 🌹 So, no problem.

Diruangan komen, rata-rata pengikutnya berharap agar Pak Nil tidak ambil peduli dengan kritikan serta kata-kata negatif netizen.

Dalam pada itu, ramai yang memuji tindakan Pak Nil kerana tampil berani mengembalikan semula koleksi Allahyarham Sudirman yang pernah popular satu ketika dahulu.

Kata netizen lagi, masih ramai lagi mereka diluar sana yang masih meminati baju Melayu fesyen lama. Netizen berkata, kebanyakan baju Melayu dipasaran zaman sekarang menampilkan potongan ketat yang dilihat tidak sopan untuk digayakan.






www.myartis.com / Sumber & foto: Rotikaya & Instagram Datuk Aznil Hj Nawawi


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: