27 May 2019

MAWAR RASHID WARNA RAMBUT UNTUK RAYA - NETIZEN TANYA, "SAH KE.....?"


Baru-baru ini menerusi laman Instagram, pelakon Mawar Rashid telah memuatnaik sekeping foto perubahan warna rambutnya. Foto tersebut menunjukkan rambut Mawar yang telah diwarnakan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.





"Rambut raya. Warna ash ada blue sikit. So that basuh few times nanti dia akan jadi warna ash brown," tulisnya sebagai kapsyen.

Namun, warna rambut tersebut menjadi perhatian netizen yang mempunyai perasaan syak wasangka untuk dibawa semasa bersolat. Bagaimanapun, ada segelintir pengikut yang meninggalkan komen positif serta memuji penampilan baru Mawar.

Mawar atau nama sebenarnya Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid berkahwin dengan Raf atau nama sebenarnya Raden Ahmad Faizal Yaakob pada 9 November 2017. Pasangan ini menerima cahaya mata lelaki, Raden Muhammad Rafael pada 13 Mac lalu.

Klik untuk gambar besar









www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Mawar Rashid


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: