25 May 2019
SELAMAT SAMPAI - SITI NURHALIZA TERUJA BERSAMA AAFIYAH DI TANAH SUCI
"Alhamdulillah dikurniakan peluang ke Tanah Suci di bulan Ramadhan bersama keluarga tercinta. Kali ini lebih istimewa ditemani Aafiyah. Syukur dan terima kasih atas perkhidmatan dan layanan terbaik oleh @AmalbyMH sepanjang perjalanan ke Madinah dengan menaiki pesawat A380.
"Salam dan selawat ke atas junjungan kita Nabi Muhammad SAW. Alhamdulillah, ziarah kami kali ini dipermudahkan dengan kerjasama bersama @AmalbyMH. Aafiyah pun nampak teruja pertama kali ikut ibu ke Masjid Nabawi.. Alhamdullillah..," demikian tulis penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza menerusi laman Instagram.
Terdahulu, Siti memberitahu sebelum mengandung, dia ada berdoa setiap kali ke Makkah untuk dikurniakan cahaya mata dan membawa anaknya tunai umrah selepas dilahirkan. Kini impian tersebut termakbul dan sambutan Ramadan tahun ini memberi pengalaman berbeza namun penuh makna buat Siti sekeluarga.
Klik untuk gambar besar
"Saya akan bawa Aafiyah untuk menunaikan umrah pada 23 Mei ini dan suami saya juga akan ikut bersama serta beberapa ahli keluarga yang lain. Sebelum mengandung, saya ada berdoa setiap kali ke Makkah untuk dikurniakan cahaya mata dan membawa anak saya tunai umrah selepas dilahirkan.
"Alhamdulillah, saya bersyukur doa saya ini dimakbulkan Allah kerana bukan senang mahu ke sana tanpa keizinan-Nya," tutur Siti, 40, sebelum ini dan kini sedang menunaikan umrah bersama suami, Datuk Seri Khalid Mohd. Jiwa (Datuk K), 50; anaknya, Siti Aafiyah; anggota keluarga dan pengasuh.
www.myartis.com / Sumber & foto: Instagram Siti Nurhaliza
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment