13 June 2019

A. RAHMAN HASSAN KEMBALI KE RAHMATULLAH - AL FATIHAH



Datuk A Rahman Hassan, 73, meninggal dunia di Hospital Ampang (HA), dekat sini, jam 12.40 tengah malam tadi, akibat jangkitan kuman pada paru-paru dan lemah jantung. Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di sisi isteri dan anak-anak.

"Doktor meminta isteri, anak-anak dan ahli keluarga datang bertemu arwah apabila keadaannya semakin kritikal selepas Maghrib.



"Arwah hanya bergantung pada alat bantuan pernafasan sejak dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) sejak tiga hari lalu.

"Jenazah akan dibawa ke kediamannya di Taman Sri Ukay, Hulu Klang, selepas urusan bedah siasat selesai," kata anak saudaranya, Azlee Senario.



         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: