13 June 2019

AL-FATIHAH, ADIK AFDLIN SHAUKI MENINGGAL DUNIA


Afdlin Shauki telah berkongsi berita duka apabila adiknya Jefri Adzman Aksan, telah Kembali ke Rahmatullah kira-kira jam 5.14 petang semaam di Hospital Thomson, Kota Damansara.

"Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh semua. Adik lelaki saya, Jefri Adzman Bin Aksan telah pulang ke rahmatullah pada hari ini (12 Jun), pukul 5:14pm di Hospital Thomson Kota Damansara.

KLIK UNTUKIMEJ BESAR




"Moga rohnya ditempatkan di kalangan roh-roh orang yang beriman.

"Pada yang mengenali adik saya, saya memohon maaf segala kesilapan beliau. Dan halalkan makan dan minum beliau. Jika adik saya ada berhutang dgn sesiapa, boleh lah sekiranya menghubungi saya.



"Sekarang adik dah boleh jaga mak In Shaa Allah di jannah. Tak aci korang dah bersama. Ya Allah jagalah mereka, hindarkanlah siksa kubur, elakkan dari azab api neraka, elakkan dari fitnah sewaktu hidup dan selepas mati," pinta dan doa Afdlin.

Untuk makluman, Ahad lalu, arwah telah dilaporkan terlibat di dalam kemalangan jalan raya menyebabkan Arwah mengalami pendarahan otak hingga mendorong Afdlin meminta bantuan sesiapa yang mengetahui kejadian kemalangan tersebut agar menghubunginya bagi membantu siasatan.

Al-Fatihah.



         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: