22 June 2019

AL-FATIHAH - BAPA LIZA HANIM MENINGGAL DUNIA


"Ayah saya Haji Abd Halim Haji Abd Dazak telah kembali ke Rahmatullah sebentar tadi.

"Dengan rendah diri, saya ingin memohon jasa baik semua untuk mendoakan ayah saya agar ayah ditempatkan di kalangan orang-orang yang dikasihiNya," tulis Liza.



"Jenazah arwah akan dibawa balik ke rumah malam ini selepas diuruskan oleh pihak pengurusan jenazah HUKM," kongsinya lagi.

Terdahulu, penyanyi Merawat Luka Terpendam ini pernah berkongsi foto arwah bapanya yang terlantar di hospital sambil menyifatkan arwah adalah insan yang paling kuat pernah dikenalinya.








         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: