11 June 2019

AMBIL BERKAT SYAWAL - MEGAT MENTOR SELAMAT BERGELAR SUAMI


Alhamdulillah... tahniah kami ucapkan kepada penyanyi yang juga protege Aizat Amdan dalam program realiti, 'Mentor 7' iaitu Megat Adzuan Mazlan apabila selamat menamatkan zaman bujangnya, Sabtu lalu di Tawau, Sabah. Megat, 25, yang juga rakan duet Amylea Azizan dalam lagu tema drama 'Nur 2', 'Tetap Kamu' itu memilih pensyarah di sebuah kolej swasta, Nural Bania Bahari sebagai suri hidupnya.





Pasangan itu berkenalan pada 2017, seterusnya mengikat tali pertunangan pada 19 Jun tahun lalu, diraikan dalam majlis sederhana, namun meriah: "Kami bernikah pada sebelah pagi, disusuli majlis persandingan pada hari sama. Sengaja kami memilih 4 Syawal sebagai tarikh pernikahan untuk mengambil keberkatan bulan mulia.

"Secara tidak langsung, majlis pernikahan kami menjadi rumah terbuka yang mengeratkan lagi silaturahim sesama ahli keluarga, sanak saudara dan rakan taulan. Sehari sebelum bernikah, keluarga isteri sempat mengadakan majlis malam ‘mappaci’ atau berinai, manakala di sebelah pihak lelaki pula diadakan acara berbedak," katanya.

Klik untuk gambar besar


Megat berkata, dia tidak ralat menamatkan zaman solo ketika bakatnya mula mendapat perhatian kerana percaya rezeki yang ditentukan Allah. Mengenai perancangan berbulan madu dan memiliki cahaya mata, Megat berkata, dia serta isterinya masih belum memikirkan perkara itu lagi.

"Insya-Allah, selagi kita berusaha, rezeki pasti ada. Saya tidak rasa terlalu cepat mengambil keputusan mendirikan rumah tangga kerana ia sudah dibincangkan sejak awal. Semua persediaan untuk majlis perkahwinan dirancang sebelum saya menyertai program Mentor lagi. Alhamdulillah, semua perancangan kami terlaksana dengan baik.

"Semuanya bergantung kepada kelapangan masa dan rezeki. Insya-Allah, jika diberikan rezeki lebih, pasti kami ingin pergi berbulan madu. Begitu juga soal anak, kalau diberikan Allah rezeki awal, kami tidak menolak," tuturnya yang turut popular dengan lagu solo, 'Cintaku'.




www.myartis.com / Sumber & foto: Berita Harian & Instagram Megat Mentor


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: