11 June 2019

SAH HAMIL ANAK KEEMPAT SEBELUM RAYA - YATT HAMZAH MOHON DOA


"BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM. Sempena mengambil keberkatan Syawal, Bonda Ingin kongsikan berita baik ini dengan semua sahabat & followers. Bonda kini hamil anak ke-4. Alhamdulillah Minggu terakhir Puasa baru sempat ke Klinik utk confirmkan. Alhamdulillah rezeki Ramadhan. Kandungan kini berusia 12 minggu lbh.





"Mohon doa semua agar Bonda yg lasak dan aktif menjaga 3 Anak2 kecil ini kuat dan sihat selalu dan baby dlm kandungan selamat & kuat ya.. Aameen Ya Rabb.. Ok now Bonda nevess nak tambah 1 lg ni.. Moga Allah permudahkan..," demikian kata pelakon Yatt Hamzah yang mengumumkan berita gembira dimana dirinya disahkan hamil anak keempat dan kandungannya memasuki usia 12 minggu.

Yatt, 38, berkata berita kehamilannya itu diketahui seminggu sebelum umat Islam menyambut Aidilfitri. Dalam pada itu, pemilik nama Haryati Hamzah ini turut memohon supaya diberikan kekuatan dan bayi dikandung itu membesar sihat. Perkongsian Yatt di laman Instagramnya itu menerima hampir 8,000 tanda suka dan komen darpada pengikut yang turut mendoakan kesejahteraannya.

Terdahulu, Yatt berkahwin dengan juruvideo Mohammad Zulfadhli Khairuddin pada Februari 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata, Suci Humaira Iqlima, 3 dan Suci Hayfaa Medina berusia setahun. Dia juga mempunyai seorang anak perempuan iaitu Suci Hanania Malika, 7, hasil perkahwinan dengan Abdul Mutalib Shukor sebelum bercerai.

Klik untuk gambar besar







www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Yatt Hamzah


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: