03 June 2019

"CERAI 3 HARI HALAU... CUKUPLAH BUAT SAYA MACAM PENGEMIS" - BEKAS ISTERI CHEF FIKREE


Kontroversi yang melanda rumah tangga Chef Fikree nampaknya sehingga kini masih belum berakhir dan makin hangat diperkatakan sejak minggu lalu. Sekali lagi bekas isterinya, Sharifah Zuriehan Ben Yahya membuat pendedahan menerusi akaun Instagram mendakwa Fikree telah menghalaunya dan anak mereka, Jayden dari rumah sewa selepas tiga hari diceraikan.





Dalam pada itu, Zuriehan berkata, dia sudah beberapa kali cuba memujuk bekas suaminya itu untuk menyelamatkan perkahwinan mereka, namun segala usahanya gagal dan tidak diendahkan. Dalam masa yang sama, Zuriehan turut berterima kasih kepada pengikutnya yang sentiasa mendoakan dan memberi sokongan kepadanya dikala beliau menghadapi pergolakkan dalam rumah tangga.

Terdahulu, Zuriehan mendakwa Fikree juga tinggal sebumbung dengan skandalnya biarpun di bulan Ramadhan yang mulia. Malah, Zuriehan turut mendakwa ini bukan kali pertama lelaki itu berlaku curang, sebelum ini dia juga pernah berbalas mesej berbaur lucah dengan seorang pengacara TV9. Bagaimanapun, Fikree dalam satu kenyataan menafikan segala tuduhan dia berlaku curang dan minta diberi ruang untuk menyelamatkan rumah tangganya.

Klik untuk gambar besar











www.myartis.com / Sumber & foto: mStar, Beautifulnara & Rotikaya


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: