03 June 2019
"SAYA TAHU, SAYA BUKAN ARTIS POPULAR" - ROY DAKWA DIRINYA SERING DIPINGGIRKAN
"Terasa juga hati apabila saya langsung tidak mendapat sebarang undangan dalam setiap aktiviti yang mereka jalankan. Sebagai ahli, tertanya-tanya juga mengapa saya disisihkan? Saya tahu, saya bukan artis popular dan mungkin itu menyebabkan saya tidak layak menyertai setiap acara anjuran mereka.
"Kalau sekali dua, mungkin mereka terlepas pandang, tetapi banyak aktiviti yang mereka anjurkan, saya tidak dimaklumkan. Jika ada jemputan dan tidak sibuk, saya pasti penuhi jemputan itu. Ini langsung tiada. Apabila keadaan ini berlaku, biarlah saya bawa diri. Daripada sibuk menjaga hati orang yang tidak hargai kita, lebih baik saya tumpukan perhatian dengan menyanyi di jalanan untuk mencari rezeki.
"Kalau mereka tidak hiraukan saya, buat apa saya mahu ambil peduli lagi?," kata penyanyi lagu patriotik popular, Roy yang terkilan dengan sikap persatuan artis yang didakwanya, mengamalkan pilih kasih apabila sering meminggirkan anak seni sepertinya.
Ditemui ketika menghadiri majlis berbuka puasa bersama anak tahfiz Pondok Jamiul Uluum anjuran Zura Charity, baru-baru ini, Roy mendakwa dirinya sering dipinggirkan dalam setiap aktiviti anjuran persatuan artis. Foto Mohd Khairul Helmy
Menurut Roy atau nama lengkapnya, Mohammed Rauzan Alwi, 55, perkara itu pernah disuarakannya selepas berasakan dia seperti disisihkan dalam pelbagai aktiviti, walaupun sudah lama menjadi ahli persatuan itu. Mengakui sudah terbiasa dengan situasi itu, penyanyi lagu Kau Ratnaku itu berkata, dia sudah tidak lagi ambil peduli dan lebih selesa menjaga kebajikan sendiri.
www.myartis.com / Sumber: Berita Harian
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment