24 June 2019

DIMINTA KEMBALI: "JIKA MEREKA (RAIHAN) TIDAK SUDI, KITA PERLU FAHAM" - NAZREY


"Saudara-saudaraku sekalian, move on. Jika mereka (Raihan) tidak sudi, kita perlu faham. Nazrey adalah Nazrey, memang pernah menganggotai Raihan... masa tersebut dah berlalu. Kita sudah semakin dewasa dan tua, berlapang dada adalah jalan terbaik. Kita mukmin... qada' dan Qadar adalah dari Allah...





"Marilah kita melihat segala yang baik-baik sahaja... InsyaAllah," demikianlah kata bekas anggota kumpulan Raihan, Nazrey Johari yang meminta agar peminat berhenti berharap untuk melihatnya kembali menyanyi dengan kumpulan nasyid terkenal itu.

Nazrey, 47, berkata zaman bersama Raihan sudah berlalu dan dia kini mempunyai perjalanan hidup sendiri. Permintaan agar Nazrey kembali menganggotai Raihan semakin tinggi selepas lagu 'Sesungguhnya 2019' nyanyian Alif Satar dan kumpulan nasyid itu mendapat tempat di hati peminat.

Klik untuk gambar besar


Dalam perkembangan lain, Nazrey juga menjelaskan akan mengadakan persembahan Jelajah Nazrey Johari pada Ogos untuk mengumpul dana pembangunan sekolah tahfiz kendaliannnya di Ranau, Sabah: "InsyaAllah saya akan mengadakan siri jelajah selama satu bulan di semenanjung sekitar Ogos ini. Jelajah bertujuan untuk menampung dana bagi maahad tahfiz fasa dua kendalian saya di Ranau, Sabah.

Nazrey mengundurkan diri darpada kumpulan Raihan itu pada 2006 bagi memberi tumpuan kepada kegiatan dakwah. Raihan mencipta sejarah apabila album Puji-Pujian menjadi album terlaris di Malaysia dengan jualan melebihi satu juta unit.






www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: