24 June 2019

PAKAIKAN NEYNEY RANTAI - NETIZEN TEGUR NORA DANISH


Pelakon Nora Danish baru-baru ini telah memuatnaik foto anak bongsunya, Mohamed Neqayl Nedim menggayakan seutas rantai berwarna perak dan ia telah menerima teguran serta kritikan daripada netizen. Ada yang menyifatkan pemakaian rantai leher pada anak lelaki kurang bersesuaian dan tidak seharusnya digalakkan dalam berpakaian.





"Jangan ajar anak pakai rantai, dia lelaki.. kita bodoh macam mana sekalipun orang lelaki haram pakai perhiasan," tulis salah seorang pengguna. - "The necklace spoiled the cuteness," tambah pengguna lain pula. - Sorry dear, rantai bukan pakaian lelaki tu untuk perempuan. Its haram," tulis pengguna lain pula.

Namun, di sebalik komen tersebut ada juga segelintir peminat setia pelakon filem 'Polis Evo' mengandaikan tindakan Nora memakaikan rantai untuk anak lelakinya itu sekadar berfesyen. Bagaimanapun, baik Nora mahu pun suaminya, Nedim Nazri hanya mendiamkan diri daripada mengulas mengenai tindakan terbabit.

Neqayl atau lebih popular disapa Neyney oleh pasangan Nora dan Nedim itu kini berusia setahun empat bulan dan menjadi antara bayi paling popular dalam kalangan netizen.

Klik untuk gambar besar





www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Nora Danish


         ________________________





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: