24 June 2019

"SEMOGA AKU JADI MANUSIA LEBIH KUAT & DEKAT KEPADA-MU" - ALIFF AZIZ


Menerusi entri terkini di laman Instagram, penyanyi dan pelakon kontroversi, Aliff Aziz berterima kasih kepada Allah atas segala ujian yang diturunkan kepadanya sejak kebelakangan ini sekali gus berjaya menjadikannya sebagai hamba yang kuat.





Aliff berkongsi perasaannya itu semalam iaitu beberapa jam selepas bekas isterinya, Bella Astillah memuatnaik hantaran di laman Instagram miliknya yangbmeminta netizen mendoakan yang terbaik buat bapa kepada anaknya, Mohamad Ayden Adrean.

"Terima kasih Allah untuk ujian yang berikan kepadaku. Semoga aku menjadi manusia yang lebih kuat dan dekat kepada-Mu. Amin," tulisnya yang menerima kata-kata semangat daripada netizen untuk terus kuat dan tidak mengalah dan alah ramai yang mendoakan yang baik-baik buat Aliff dan serta menasihatinya untuk tidak mempedulikan komen negatif netizen.

Hantaran itu turut menerima pelbagai reaksi daripada netizen. Terdahulu, Bella meluahkan dia sudah memaafkan Aliff 100 peratus dan tidak menyimpan dendam. Bella juga meminta netizen supaya mendoakan yang terbaik buat Aliff supaya tidak berlaku perkara yang tidak diingini kepada bekas suaminya itu.

Klik untuk gambar besar





www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro & Instagram Aliff Aziz


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: