24 June 2019
"SAYA MINTA MAAF..." - ISTERI FIZO OMAR TURUT 'KUNCI MULUT' ISU RUMAH TANGGA
Sebelum ini, pelakon dan pengacara Fizo Omar mengambil pendekatan mengunci mulut mengenai desas-desus rumah tangga mereka yang kini dikatakan bergolak selepas isterinya, Mawar Abdul Karim didakwa berjumpa dengan peguam baru-baru ini.
Terkini, Mawar, 30, ketika dihubungi berkata, dia mengikuti langkah yang sama seperti suami apabila mengambil pendekatan untuk tidak berkongsi mengenai perkara itu kerana mahu menjaga hati banyak pihak: "Saya minta maaf sangat kerana buat masa ini saya tak boleh komen apa-apa lagi. Saya perlu menjaga banyak pihak".
Terdahulu, Fizo dalam kenyataan memohon diberi ruang dan masa bagi menjelaskan perkara itu. Fizo berkata, apabila semuanya sudah okey, barulah dia bersedia memberi kenyataan kepada media. Difahamkan, Fizo akan mengadakan sidang media dalam masa terdekat ini.
Klik untuk gambar besar
Menerusi kenyataan sama, Fizo juga terus mengunci mulut ketika ditanya sama ada dia dan Mawar masih tinggal sebumbung. Sementara itu, berdasarkan pemerhatian di laman Instagram Mawar, kali terakhir pasangan itu bergambar bersama pada April lalu. Bagaimanapun, Mawar masih mengikuti Fizo di Instagram.
Menerusi video di Instagram Stories, Fizo yang mendirikan rumah tangga dengan Mawar yang merupakan seorang usahawan ini pada November 2013 itu pula memaparkan dia sedang menjaga dan memberi susu kepada anak perempuannya, Wan Maryam yang kini berusia dua tahun.
www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro, Instagram Mawar Karim & Fizo Omar
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment