21 June 2019

ELIZAD BERHENTI BUAT RAWATAN MUKA DEMI DAPATKAN ZURIAT


Mendedahkan dia telah berhenti membuat rawatan kecantikan wajah sejak setahun lalu demi mendapatkan zuriat, pelakon Siti Elizad Sharifuddin, 34, memberitahu bahawa potensinya untuk hamil tinggi sekiranya dia berhenti daripada membuat rawatan melibatkan suntikan pada wajah.





"Tipulah kata tak pergi tempat kecantikan, setakat cucuk-cucuk (rawatan wajah) saya buat tetapi bukan berlebih-lebih. Tapi sekarang ni saya tinggalkan rawatan itu sebab nak dapatkan anak. Doktor tak cadangkan untuk buat apa-apa takut mengganggu.

"Lagipun saya ada cyst dan baru saja menjalani pembedahan kali kedua untuk membuang 4 kilogram cyst dalam badan. Oleh itu, saya tak digalakkan mengambil suntikan atau makan produk kecantikan sebab dia akan ikut membesar," katanya yang mendirikan rumah tangga dengan duda dua anak, Shamsul Baharin Rahman pada 11 Januari 2015.

Dalam pada itu, luah Elizad yang ditemui pada majlis sidang media program bual bicara Mingguan Wanita itu, dia komited dan teringin untuk menimang cahaya mata pada tahun ini: "Rawatan saya bermula daripada bawah, selama ini saya tak pernah cerita sebab sebenarnya saya mencuba setiap tahun. Jadi sekarang doktor menyarankan saya mengambil ubat kesuburan sebelum meneruskan rawatan ke peringkat IUI atau IVF".

Klik untuk gambar besar






www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Siti Elizad


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: