21 June 2019

NADYA SYAHERA AKUI RUMAH TANGGA BERANTAKAN, SUAMI CURANG DI KELANTAN


"Sebenarnya, hal ini baru saja dapat dibongkar kira-kira seminggu sebelum sambutan Aidilfitri yang lalu walaupun kecurigaan saya terhadapnya sudah dirasakan lebih awal. Naluri isteri, jujurnya saya mencurigainya sejak dia bekerja di luar kawasan iaitu di Kelantan yang juga merupakan kampung halamannya. Hampir sebulan dia di sana kononnya atas urusan kerja semata-mata dan langsung tidak balik ke rumah kami di Shah Alam untuk menjenguk saya serta anak-anak.





"Akhirnya, teka-teki yang selama ini bermain di benak fikiran terjawab selepas melihat beberapa keping gambar yang membuktikannya bermain kayu tiga," kata pelakon Nadya Syahera yang mengakui rumah tangganya bersama suaminya iaitu usahawan restoran, Fizul Nawi kini sedang berantakan dan mendedahkan kecurangan tersebut setelah mendapat bukti bergambar bahawa lelaki itu menjalin hubungan dengan seorang gadis dari Kelantan.

Menurut pelakon drama 'Setelah Terlafaznya Akad' itu, dia difahamkan gadis terbabit adalah adik kepada pengasas produk kosmetik terkenal yang beroperasi di negeri Pantai Timur itu: "Bahkan, hubungan kedua-duanya bermula setelah gadis berkenaan datang ke premis restorannya sebagai seorang pelanggan.

"Apapun yang berlaku, saya akan berusaha untuk pertahankan perkahwinan ini dan belum terdetik untuk meminta cerai waima tak dapat dinafikan betapa kecewanya saya atas perbuatan dilakukannya," tutur Nadya yang berkahwin dengan Fizul yang merupakan seorang duda pada 25 September 2015 telah dikurniakan dua cahaya mata iaitu Aleena Rose dan Mohamad Dayyan yang masing-masing berusia dua dan satu tahun.

Klik untuk gambar besar







www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak, MHE TV & Instagram Nadya Syahera


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: