26 June 2019

"INSHAALLAH KAMI AKAN PULANG KE MALAYSIA JUGA NANTI" - BAPA AINUL MARDHIAH


Ainul makin sihat, aktif dan sekarang tangan dia makin cepat masuk ke mulut.

Disebabkan jari Ainul panjang-panjang, bila dia masukkan jari ke mulut, dia akan terbatuk sebab jarinya hampir ke tekak hingga membuat dia menangis.

Ini menunjukkan bahawa kaki dan tangan Ainul dah mula aktif. Berat badan pun semakin meningkat dan tubuh badannya bertambah panjang.





"Bila ainul dah ready dan habiskan sisa rawatan di sini, inshaAllah kami akan pulang ke malaysia. Untuk tarikh yang tepat, maaf kami belum pasti.

"Ainul masih dalam fasa recover, immune sistem dia mungkin belum cukup kuat, setelah melalui ujian yang lama, ainul perlu rehat untuk kuatkan semula sistem tubuh badannya.

"Kami doakan semoga doa doa yang baik itu Allah kembalikan semula kepada anda dan keluarga. Amin!" ujar bapanya Ahmad Safiuddin Ahmad Razak di UK.

         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: