04 June 2019
"KEBAJIKAN DIA (BEKAS ISTERI) TAKKAN SAYA LUPA" - PU ABU BERAYA DI RUMAH BAHARU
"Kami baharu sahaja berpindah ke rumah baru... jadi baju raya tahun ini mungkin kurang. Duit banyak dibelanjakan untuk rumah dan keluarga kerana saya family first. Kami banyak fokus kepada persiapan mencantikkan rumah. Kami hias sama-sama, beli barang di Ikea... tetapi rumah kami biasa-biasa sahaja.
"Semestinya saya tidak melupakan persiapan untuk bekas isteri juga. Saya sudah ada simpanan dan duit yang ditetapkan untuk Ain. Kebajikan dia takkan saya lupa. Anda boleh tanya Ain sendiri. Malah setiap hari saya mesej dan bertanya khabar, tanya check up baby macam mana. Hubungan saya dan Ain baik. Kami tiada dendam dan keluarga Ain juga reda dengan ketentuan ini.
"Apa yang saya boleh cakap, anda hanya dengar cerita dari pihak Ain dan saya ada cerita tersendiri. Sebenarnya tanggal 21 April merupakan tarikh yang sangat besar dan sedih yang berlaku dalam hidup saya dan akan saya ingat sampai bila-bila. Ia merupakan tarikh berita mengenai diri saya tular dan pada masa sama ia merupakan tarikh ibu tercinta saya dijemput Ilahi iaitu pada 21 April 2016. Ia tarikh yang mengubah hidup saya.
Klik untuk gambar besar
"Apa yang saya telah belajar, jangan ada sifat pentingkan diri. Setiap perbuatan yang kita lakukan kita harus memikirkan orang lain juga," demikian kata Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan mengenai sambutan Syawal kali ini yang pastinya berbeza buatnya.
Untuk makluman, PU Abu telah bercerai dengan Ain Afini yang kini sedang sarat hamil anak pertama dan bernikah dengan Hana Azraa atau nama sebenarnya Nurhannah Azra Mohd Zakir.
www.myartis.com / Sumber: mStar
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment