29 June 2019
KEJU KETIAK SELEBRITI - AMACAM... LALU MAKAN TAK?
Di Muzium Victoria & Albert, baru-baru ini... telah berlangsung satu pameran lima keju yang dibuat menggunakan bakteria yang dikumpulkan mengguna kulit personaliti Britain.
Apa yang menjijikkan, ada bakteria yang diambil daripada ketiak, ibu kaki, pusat dan lubang hidung selebriti, bagi melihat pandangan orang ramai terhadap makanan mikrob tersebut.
"Badan manusia penuh dengan mikrob, manakala saintis-saintis menghasilkan teknik baharu untuk mengkajinya. Tanggapan bahawa mikrob seperti bakteria adalah punca penyakit atau bau busuk menutup perkara luar biasa yang dilakukannya untuk manusia,” kata pihak muzium.
Untuk makluman, selebriti yang berkerjasama menghasilkan ‘keju ketiak’ itu antaranya ahli muzik dan pembuat keju Alex James, Cef Heston Blumenthal, pemuzik rap Professor Green dan Suggs yang merupakan vokalis kumpulan Madness.
Lebih pelik lagi... kesemua Keju itu adalah selamat untuk dimakan.
Amacam... nak try?
Sumber: The Jakarta Post
________________________
No comments:
Post a Comment