01 June 2019

"LAWANYA... MACAM BILIK PENGANTIN" - NETIZEN PUJI BILIK 'BABY BOY' ANZALNA


Menerusi laman Instagram, aktres jelita, Anzalna Nasir telah berkongsi foto bilik tidur yang baru siap dihias buat anak lelakinya yang bakal dilahirkan tidak lama lagi. Perkongsian itu dibuat menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan umum: "His room is ready! πŸ‘ΆπŸ» ❤️ Thank you @aifurdliving @happikiddo_ @stokkebaby" tulis Anzalna ringkas sebagai kapsyen.





Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikut Anzalna memuji bilik tidur tersebut, ada juga yang menyamakannya seperti bilik pengantin: "Untung jadi anak pertama. - "Pecah record baby boy! - "Lawanya... Macam bilik pengantin," tulis netizen.

Sedang sarat hamil lapan bulan, bayi lelaki di dalam kandungan Anzalna bakal dilahirkan pada bulan hadapan. Anzalna dan suaminya, Hanif mendirikan rumah tangga pada 21 Februari 2016 selepas beberapa tahun menyulam cinta. Selepas mendirikan rumah tangga hampir tiga tahun, Anzalna mengumumkan dia sedang hamil pada awal Januari lalu.

Klik untuk gambar besar





www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Anzalna Nasir


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: